Selamat Datang ke Laman Blog PKG Jasin

Thursday, February 24, 2011

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka BENGKEL KONFIGURASI SERVER PKG NEGERI MELAKA

Juruteknik Komputer (FT17) PKG Negeri Melaka telah diberikan pendedahan asas tentang Konfigurasi Server menggunakan platform LINUX CentOs v52. Bengkel 2 hari ini diadakan di Makmal Komputer PKG Cheng anjuran Unit PICT BTPN Melaka.

Tuesday, February 15, 2011

Makan Malam Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Di Dewan SJKC Merlimau

Pada :14 Februari 2011

Masa :8.00 malam -12.00 tgh mlm

Tempat :Dewan SJK (C)MERLIMAU









Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH BAGI TEMPOH INTERIM


Untuk tujuan pemantauan ketersediaan (availability) talian internet di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tempoh interim Januari 2011 hingga Disember 2011, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Memo Antara Bahagian/Jabatan KP(BTP-PENT) 8800/50/1 Jld. 19 (52) bertarikh 7 Februari 2011 memerlukan maklumat berkaitan perkhidmatan internet yang dilanggan oleh sekolah.
Sekolah dikehendaki memuat turun memo berkenaan di laman Web BTPN melaka dan mengambil tindakan sewajarnya seperti yang dikehendaki.

Sunday, February 13, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BTPN MELAKA 2011


Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat BTPN Melaka telah diadakan pada 11 Februari 2011 yang lalu. Sambutan dimulai dengan perarakan dan selawat nabi dari perkarangan BTPN Melaka ke Dewan Al Khawarizmi. Ceramah agama telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Hj Abd Aziz Abdullah dari Kolej Universiti Islam Melaka.

Sunday, February 6, 2011

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL 5-BINTANG (SSQS) KEPADA 93 BUAH SEKOLAH


Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hjh Juliah bt. Hj Leman, Pengarah Pelajaran Melaka pada 26 Januari 2010 di Dewan Al-Khawarizmi, BTPN Melaka. Sebanyak 93 buah sekolah Negeri Melaka telah berjaya mencapai 5-Bintang dalam penarafan sekolah berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada 2010.

SELAMAT BERSARA


PUAN NORMAH BT HASHIM, Pegawai Teknologi Pendidikan DGA34 di Unit Promosi, Media dan Inovasi, BTPN Melaka akan bersara dari perkhidmatan kerajaan mulai 01 Februari 2011 pada usia 58 tahun.
Warga pendidik negeri Melaka dan BTPN khasnya amat merasai kehilangan beliau dan mengucapkan selamat bersara dan selamat menjalani alam persaraan bersama keluarga tercinta.Walau bagaimana pun, beliau masih boleh dihubungi melalui telefon di 019-6580457