Kutipan data berlangsung dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Mohon kerjasama semua pihak untuk menjayakan kutipan data kali ini.
Kutipan SPPICTS 1/2011
Kutipan data pertama SPPICTS bagi tahun 2011 bermula dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.
Harap maklum.
Tuesday, March 29, 2011
Sunday, March 13, 2011
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka BENGKEL PENGHURAIAN STRATEGIK SSQS 2011 NEGERI MELAKA
KOHOT 1 = 21 MAC 2011
KOHOT 2 = 22 MAC 2011
KOHOT 3 = 23 MAC 2011
KOHOT 4 = 24 MAC 2011
Muat turun dan cetak Instrumen KPI SSQS v.2011 mulai 16 Mac 2011
TALIAN HELPDESK TM
Mulai 7 Mac 2011, talian bantuan SchoolBroadband TM adalah 1800-22-7722 .
Talian 1060 akan ditamatkan mulai 15 Mac 2011.
KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM DALAM KALANGAN GURU PERPUSTAKAAN
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM.
Maklum balas daripada GPM / Guru Penyelaras NILAM di sekolah amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program ini.
Sila kunjungi laman web Btpn Melaka untuk keterangan lanjut..
Thursday, February 24, 2011
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka BENGKEL KONFIGURASI SERVER PKG NEGERI MELAKA
Juruteknik Komputer (FT17) PKG Negeri Melaka telah diberikan pendedahan asas tentang Konfigurasi Server menggunakan platform LINUX CentOs v52. Bengkel 2 hari ini diadakan di Makmal Komputer PKG Cheng anjuran Unit PICT BTPN Melaka.
Tuesday, February 15, 2011
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH BAGI TEMPOH INTERIM
Untuk tujuan pemantauan ketersediaan (availability) talian internet di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tempoh interim Januari 2011 hingga Disember 2011, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Memo Antara Bahagian/Jabatan KP(BTP-PENT) 8800/50/1 Jld. 19 (52) bertarikh 7 Februari 2011 memerlukan maklumat berkaitan perkhidmatan internet yang dilanggan oleh sekolah.
Sekolah dikehendaki memuat turun memo berkenaan di laman Web BTPN melaka dan mengambil tindakan sewajarnya seperti yang dikehendaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)



