Selamat Datang ke Laman Blog PKG Jasin

Wednesday, April 4, 2012

KAJIAN SET KEMAHIRAN TMK KEBANGSAAN 2012

Dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan kajian Set Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK Guru dan Murid Peringkat Kebangsaan bermula pada 9 hingga 20 April 2012.
Sekolah--sekolah yang terpilih untuk melaksanakan kajian ini boleh mengakses  Borang Kajian Secara Online melalui 

Ehsan dari BTPN Melaka

PKG 11 Jasin Crew....

1BESTARINET

Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Projek Perkhidmatan 1BestariNet mulai Januari 2012 ke semua sekolah seluruh negara. Projek ini akan dilaksanakan oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd.
Semua sekolah dikehendaki memastikan proses pemasangan dan pengujian perkhidmatan adalah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Muat turun Garis Panduan :-

Ehsan dari BTPN Melaka...

PKG 11 Jasin Crew.....

Thursday, February 23, 2012

"BUDI BERTAHUN - SEGUNUNG INTAN"

Warga BTPN dan PKG Negeri Melaka mengucapkan selamat maju jaya, tahniah dan terima kasih kepada EN DAUD BIN SAMSI yang akan menamatkan perkhidmatan awam kerajaan pada 23 Februari 2012.
Kita kehilangan seorang kakitangan yang cemerlang, dedikasi dan bertanggungjawab serta seorang rakan yang memahami dan mesra.

Ehsan Dari BTPN Melaka..
PKG Jasin krew...

LATIHAN PENGGUNAAN LMS..

10 buah sekolah Negeri Melaka terpilih untuk menerima pemasangan aplikasi Learning Management System (LMS) di bawah RMK-10. Latihan penggunaan LMS tersebut kepada guru-guru Mata Pelajaran Bahasa dan Sains serta Matematik akan dijalankan di BTPN Melaka seperti jadual berikut :
  *Kumpulan 1 : 20 - 24 Februari 2012
  • SK Ayer Molek, SK Dato Demang Husin, SJKC Tiang Dua, SK Cheng, SK Bertam Hulu.
  • Kumpulan 2 : 27 Feb - 2 Mac 2012
  • SMK Tun Hj Abd Malek, SMKA Sharifah Rodziah, SMT Bukit Piatu, SMK Tinggi Perempuan, SMK Telok Mas

Ehsan dari BTPN Melaka...
PKG Jasin Krew...

Monday, February 20, 2012

SSQS 2011...



Tahniah kepada sekolah-sekolah Negeri Melaka yang telah menerima

Sijil Pengiktirafan 5-Bintang Penarafan Sekolah Berasaskan SSQS Tahun 2011.
Tahap Pembestarian Sekolah (3-Bintang ke atas)  : Melaka = 100 %
Sekolah Capai 5-Bintang : Melaka = 214 daripada 311 buah sekolah.


Ehsan BTPN melaka....

PEMANTAUAN PELAKSANAAN MAKMAL BAHASA DASAR MBMMBI FASA 1 TAHUN 2011 SECARA ONLINE

Pemantauan secara Intensif akan dilaksanakan di semua sekolah yang terlibat dengan Projek Makmal Bahasa Dasar MBMMBI Fasa 1.
Sila lengkapkan Borang Pemantauan sebelum 15 Februari 2012.
 - Pautan Laman : http://is.gd/47G2G3
 - Muat turun Memo Dalaman arahan pelaksanaan.


Ehsan BTPN Melaka....