Selamat Datang ke Laman Blog PKG Jasin

Thursday, December 23, 2010

KEMASKINI LESEN KASPERSKY

Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melanjutkan tempoh tamat lesen operasi AntiVirus Kaspersky sehingga 2011. Sehubungan itu, aplikasi Kaspersky yang dipasang di semua institusi pendidikan yang menggunakan talian schoolnet dikehendaki mengemaskini lesen tersebut.
Panduan muat turun dan instalasi aplikasi tersebut boleh didapati di sini.
Aplikasi Kaspersky tersebut boleh dimuat turun dari Laman Web Kaspersky.

Thursday, December 9, 2010

PERSARAAN EN ABU NAIM BIN SUPIAN


 ENCIK ABU NAIM BIN SUPIAN, Pegawai Teknologi Pendidikan DGA34 di Unit PSP, BTPN Melaka akan bersara dari perkhidmatan kerajaan mulai 9 Disember 2010 pada usia 56 tahun.
Warga pendidik negeri Melaka dan BTPN khasnya amat merasai kehilangan beliau dan mengucapkan selamat bersara dan selamat menjalani  dunia persaraan bersama keluarga di Pontian, Johor.
Walau bagaimana pun, beliau masih boleh dihubungi melalui telefon  di 019-7765665.

HARI INOVASI BTPN 2010

BENGKEL MEMBINA BLOG PKG NEGERI MELAKA 2010



Penyebaran maklumat secara pantas melalui laman web dan blog telah menjadi trend masakini. Sehubungan itu, BTPN Melaka telah mengambil inisiatif mengelolakan satu perbengkelan khas membina laman blog untuk semua Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Melaka.
Seramai 16 orang Juruteknik Komputer PKG  telah menyertai bengkel tersebut yang diadakan di Makmal Pengkomputeran PKG Cheng pada 9hb dan 10hb Disember 2010.