Selamat Datang ke Laman Blog PKG Jasin

Friday, July 29, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 2011...

Kami dari warga PKG 11 Jasin ingin mengucapkan Selamat menyambut  Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga sekolah ahli PKG 11 Jasin khasnya yang beragama islam dan warga BTPN dan PKG semalaysia ,semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah swt
di bulan yang mulia ini.











Ramadhan Al-Mubarak

*Abu Hurairah R.A berkata, Rasullullah SAW bersabda;

 "Apabila masuk bulan Ramadhan, maka terbuka lah pintu-pintu syurga 
   dan terkuncilah pintu-pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai
   dan dibuka segala pintu rahmat"
                                       
                              Bukhari dan Muslim




By FT17 pkg 11...

Kursus dan khidmat Bantu PSS 2011 pkg 11 jasin..



Khidmat bantu PSS 2011 diadakan pada 20 hingga 21 Julai 2011 yang lalu..
































Wednesday, July 13, 2011

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Taklimat Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi GPICT / Guru Data sekolah-sekolah Negeri Melaka telah dijalankan mulai 11 Julai 2011 di Hotel Permaisuri, MITC Melaka. Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, Kuala Lumpur.

Thursday, July 7, 2011

Wednesday, July 6, 2011

TAKLIMAT PENARAFAN BINTANG SSQS 2011 UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA TAHUN 2011 DI PKG 11 JASIN..

Taklimat penarafan bintang SSQS 2011 diadakan 5.07.2011 di PKG 11 Jasin yang melibatkan 28 orang pengetua dan guru besar sekolah ahli PKG jasin.Taklimat ini berjalan serentak untuk PKG Daerah Jasin yang bermula dari PKG Masjid Baru pada jam 8.30 pagi diikuti dengan PKG Jasin jam 11.00 pagi dan seterusnya PKG Sebatu jam 2.30 petang.Pegawai dari Unit PICT BTPN melaka yang hadir selaku Fasilitator untuk taklimat tersebut ialah Tn.Hj Khalid Bin Ahmad,Pn. Norhafiza Bt Baharudin dan Penolong Pengarah Unit PICT, Cik Hajah Halimah Bt Hj Jantan.Maklumat tentang Penarafan SSQS diterangkan pada taklimat ini.Taklimat tersebut bersurai jam 1.00 tengahari.



Monday, July 4, 2011

TARIKH PENARAFAN SSQS 2011

Zon Sabah/ Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan
Mula : 13 Jun 2011                Tamat : 3 Julai 2011


Zon Utara / Timur
Mula : 4 Julai 2011                Tamat : 24 Julai 2011


Zon Tengah / Selatan
Mula : 25 Julai 2011              Tamat : 14 Ogos 2011















harap maklum...

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka BENGKEL MENGOPTIMUM PENGGUNAAN DAN PENGINTEGRASIAN SUMBER PENDIDIKAN

Guru-guru yang telah mengikuti Bengkel Mengoptimum Penggunaan Dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran di BTPN Melaka dikehendaki melaksanakan 'in-house training' kepada guru-guru lain di sekolah masing-masing sebelum 11 Julai 2011.
Sila muat turun Borang Laporan 'In-house Training' di http://btpnmel.moe.edu.my/portal/