Selamat Datang ke Laman Blog PKG Jasin

SEJARAH


Perancangan penubuhan Pusat Kegiatan Guru telah dibuat oleh bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat ini pada mulanya dikenali dengan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Ia bermula pada awal tahun 1986 dengan pembekalan peralatan secara berperingkat bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran serta memberi perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah yang terlibat.

       Berdasarkan kepada konsep , objektif dan fungsi yang dijalankan oleh pusat ini, perancangan pendidikan  Kementerian Pelajaran malaysia dalam sidangnya pada 26 Julai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah ditukar kepada nama Pusat Kegiatan Guru (PKG). Oleh itu, PKG adalah sebuah pusat yang berperanan sebagai Pusat Kegiatan Profesional Guru.