Selamat Datang ke Laman Blog PKG Jasin

Wednesday, December 18, 2013

Borang Aduan Kerosakan Peralatan ICT Sekolah KPM 2014

Takrifan Peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan sambungan ke komputer untuk berfungsi dan tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputer.

Peralatan ICT sekolah yang layak disenggara adalah :

  1. Peralatan yang telah didaftarkan sebagai aset kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal.
  2. Peralatan yang telah tamat tempoh jaminan (warranty).
  3. Peralatan yang tidak dikategorikan sebagai Beyond Economic Repair - BER.
  4. Peralatan yang belum mendapat Sijil Hapus Kira atau Sijil Pelupusan.


Sila lengkapkan borang aduan tersebut di sini 

Sila hubungi PKG Jasin untuk pertanyaan lanjut. Kerjasama anda amat kami hargai.


Tuesday, December 10, 2013

Meja Bantuan 1BestariNet

Mohon kerjasama pihak sekolah melaporkan semua aduan berkaitan permasalahan 1BestariNet ke meja bantuan 1BestariNet untuk tujuan tindakan dan rekod pihak yang bertanggungjawab. Laporan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:

1. Telefon kepada meja bantuan 1BestariNet di talian 018-799 8787
2. Emel aduan ke moesupport@ytlcomms.my
3. Mengisi maklumat aduan di portal https://1bnselfcare.yes.my.
    Id : Kod Sekolah
    Kata laluan : Fr0gasi@

Jika pihak sekolah tidak dapat menghubungi salah satu cara di atas, aduan boleh dihantar secara terus melalui emel ke pmo.operasi@1bestarinet.yes.my atau menghubungi pegawai PMO untuk bantuan.

1. Connectivity dan Content Filtering:
     a. Nombor Telefon : 018-7997917 / 018-7997901 / 018-7997905 / 018-7997904
     b. SMS : 019-2896605 / 019-2239302 / 019-2239261 / 019-2239245

2. VLE
     a. Nombor Telefon : 018-7997914 / 018-7997900
     b. SMS : 010-4016605 / 010-4006605

3. Dongle
    a. Nombor Telefon : 018-7997914 / 018-7997902
    b. SMS : 010-4016605 / 019-2426605

4. 1BRIS
     a. Nombor Telefon : 018-7997915 / 018-7997906
     b. SMS : 019-3596605 / 019-2836605

Perhatian : Catatkan nombor tiket aduan bagi setiap masalah yang anda laporkan dan maklumkan segera kepada PKG Jasin.

Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tahniah
YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.