Selamat Datang ke Laman Blog PKG Jasin

Thursday, February 23, 2012

"BUDI BERTAHUN - SEGUNUNG INTAN"

Warga BTPN dan PKG Negeri Melaka mengucapkan selamat maju jaya, tahniah dan terima kasih kepada EN DAUD BIN SAMSI yang akan menamatkan perkhidmatan awam kerajaan pada 23 Februari 2012.
Kita kehilangan seorang kakitangan yang cemerlang, dedikasi dan bertanggungjawab serta seorang rakan yang memahami dan mesra.

Ehsan Dari BTPN Melaka..
PKG Jasin krew...

LATIHAN PENGGUNAAN LMS..

10 buah sekolah Negeri Melaka terpilih untuk menerima pemasangan aplikasi Learning Management System (LMS) di bawah RMK-10. Latihan penggunaan LMS tersebut kepada guru-guru Mata Pelajaran Bahasa dan Sains serta Matematik akan dijalankan di BTPN Melaka seperti jadual berikut :
  *Kumpulan 1 : 20 - 24 Februari 2012
  • SK Ayer Molek, SK Dato Demang Husin, SJKC Tiang Dua, SK Cheng, SK Bertam Hulu.
  • Kumpulan 2 : 27 Feb - 2 Mac 2012
  • SMK Tun Hj Abd Malek, SMKA Sharifah Rodziah, SMT Bukit Piatu, SMK Tinggi Perempuan, SMK Telok Mas

Ehsan dari BTPN Melaka...
PKG Jasin Krew...

Monday, February 20, 2012

SSQS 2011...



Tahniah kepada sekolah-sekolah Negeri Melaka yang telah menerima

Sijil Pengiktirafan 5-Bintang Penarafan Sekolah Berasaskan SSQS Tahun 2011.
Tahap Pembestarian Sekolah (3-Bintang ke atas)  : Melaka = 100 %
Sekolah Capai 5-Bintang : Melaka = 214 daripada 311 buah sekolah.


Ehsan BTPN melaka....

PEMANTAUAN PELAKSANAAN MAKMAL BAHASA DASAR MBMMBI FASA 1 TAHUN 2011 SECARA ONLINE

Pemantauan secara Intensif akan dilaksanakan di semua sekolah yang terlibat dengan Projek Makmal Bahasa Dasar MBMMBI Fasa 1.
Sila lengkapkan Borang Pemantauan sebelum 15 Februari 2012.
 - Pautan Laman : http://is.gd/47G2G3
 - Muat turun Memo Dalaman arahan pelaksanaan.


Ehsan BTPN Melaka....

PEMANTAUAN KESEDIAAN INISIATIF ICT KPM SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2012

BTPN Melaka akan menjalankan pengauditan dan pemantauan ke sekolah-sekolah yang terlibat dengan :
 1. Projek Makmal Bahasa MBMMBI
2. Perolehan/Penggantian Peralatan ICT Makmal Komputer HP MultiSeat
Senarai sekolah...
Panduan Kepada Sekolah

1.            Muat turun dan cetak bahan berikut dari e-mel sekolah

1.1               Senarai Sekolah
(jika sekolah tuan/puan tersenarai, muat turun bahan berkenaan seterusnya)

                atau

2.            GPB / GPICT dikehendaki menjawab dan melengkapkan instrumen tersebut
                serta mendapatkan pengesahan Pengetua / Guru Besar.

3.            Buatkan salinan instrumen yang telah lengkap untuk simpanan sekolah.

4.            Serahkan salinan asal kedua-dua instrumen kepada Pegawai Pemantau yang akan hadir ke sekolah tuan/puan pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dalam senarai.

5.            Hubungi Pusat Kegiatan Guru berdekatan untuk maklumat lanjut.

Ehsan BTPN melaka...

PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH

Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah KPM di bawah Kontrak Penyenggaraan Berpusat bagi Tahun 2012 akan bermula pada pertengahan Januari 2012.
Sekolah-sekolah  Negeri Melaka dinasihatkan agar mengemaskini aduan/tiket kerosakan dalam Support Ticketing System (STS) sebelum 10 Januari 2012 supaya proses penilaian dan penyenggaraan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sila hubungi PKG berdekatan untuk maklumat lanjut.


Ehsan dari BTPN Melaka..

Wednesday, February 15, 2012